Selangorkini
SELANGOR

Taman Rakyat luas 41 ekar bakal dibina di Seksyen 13

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 JAN: Kerajaan Negeri dalam perancangan membina sebuah Taman Rakyat di Seksyen 13 di atas tanah berkeluasan 41 ekar seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2016 Oktober lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pembinaan Taman Rakyat berkonsepkan hijau itu merupakan inisiatif menjadikan negeri itu sebagai ‘Negeri Rendah Karbon’.

“Ia sudah diumumkan dalam pembentangan belanjawan lalu dan kita sudah memperuntukkan sejumlah wang serta mengenalpasti tanah untuk projek Taman Rakyat.

Azmin Pokok“Apabila siap, ibu bapa boleh beriadah dan melakukan aktiviti pada hujung minggu sementara kanak-kanak juga ada ruang permainan khas bermain,” katanya selepas merasmikan Program Pemeliharaan Hutan Aeon Mall Shah Alam.

Katanya, perbincangan bersama beberapa konsultan sedang dijalankan bagi menentukan konsep sesuai untuk Taman Rakyat dan ia dijangka memakan masa tiga hingga lima tahun untuk disiapkan.

Jelasnya, penjagaan ekosistem hijau juga perlu diseimbangkan dalam pembangunan masyarakat dan sosial tanpa terlalu menumpukan kepada pembangunan konkrit sahaja.

Mohamed Azmin bersama 850 sukarelawan sebelum itu bersama-sama menanam hampir 13,000 pokok di perkarangan Pusat Membeli Belah Aeon Shah Alam yang dijangka mula beroperasi pada Mac ini.

Beliau turut menyampaikan sumbangan buku bernilai RM3,000 kepada Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya.

EZY


Pengarang :