Selangorkini
SELANGOR

191 sertai Perkampungan Menara Gading timba pengalaman

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 FEB: Seramai 191 peserta menyertai Perkampungan Menara Gading Selangor kali ke 16 (PMGS’16) yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Penutupan PMGS’16 disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.

Shaharuddin berkata pelajar diharap dapat peka terhadap dunia masa kini yang kian mencabar selain dapat menggarap segala ilmu yang dicurahkan untuk diaplikasi sebaiknya ketika bergelar mahasiswa kelak.

PMGProgram empat hari itu membabitkan slot menarik iaitu Le Tour De Campus, Eksposis, KonvensyenSiswa, forum, ceramah, motivasi dan juga sesi berkongsi pengalaman.

Hadir sama Yang Dipertua ABIM Selangor, Radin Mohd Imaduddin dan Presiden Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (PEPIAS), Mohamed Azlan.

Selain itu, peserta berpeluang menyerlahkan bakat dan potensi kepimpinan mereka di dalam program itu.

PMGS ’16 melakar sejarah istimewa bagi PEPIAS kerana program itu mendapat penyertaan peserta teramai semenjak ianya diadakan.

Sementara itu, laman Twitter rasmi PMGS 2016 memuatnaik beberapa status mengenai PMGS16 ini.

Antaranya, Kumpulan UPSI yang dianggotai 10 orang ahli kumpulan mengakhiri program dengan melakar keputusan membanggakan mengatasi kumpulan lain dengan menjadi johan keseluruhan.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.Jumpa lagi tahun 2017!!.

“Saya dapat mendengar dan melihat secara live tentang tugasan, projek, dan juga subjek mengenai bidang yang saya minat” kata peserta, Lukman.

 

EZY


Pengarang :