Selangorkini
SELANGOR

72 pasukan futsal berentap rebut gelaran juara

Oleh: SYASYA SUFIAN

AMPANG, 28 FEB: Seramai 720 peserta daripada 72 pasukan berentap merebut geralaran juara dalam Pertandingan Grand Final Futsal Iskandar 2015 di Sport Planet Ampang, hari ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad, berkata pertandingan itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak terhad di Selangor sahaja.

IMG_5457“Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu terbuka lelaki, bawah 17 tahun dan bawah 15 tahun.

“Bagi ketegori terbuka, juara berpeluang memenangi wang tunai bernilai sehingga RM10,000, manakala bawah 17 dan 15 tahun akan membawa pulang RM5,000.

“Diharapkan pertandingan ini dapat mencungkil bakat baru untuk diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya sewaktu pelancaran Grand Final Pertandingan Futsal Piala Iskandar 2015/2016, di sini.

Katanya, pasukan yang terpilih untuk pertandingan hari ini adalah empat pasukan yang berjaya ke pusingan akhir sewaktu pertandingan di peringkat zon iaitu Gombak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Subang Jaya dan Kelang.

IMG_5452“Sebelum ini lebih 700 pasukan meliputi 7000 peserta daripada enam zon menyertai pertandingan ini bermula 5 Disember 2015 dan berakhir 20 Februari lalu di Gombak.

“Kita akan meneruskan usaha ini sebagai acara tahunan setelah melihat sambutan menggalakkan daripada peserta dan penganjur,” katanya.

Pertandingan Futsal Piala Iskandar adalah anjuran Pusat Khidmat DUN Chempaka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Selangor, Ozz Vampo Sdn bhd, Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Selangor dan Youth Empowerment Squard (YES).

-AA-


Pengarang :