LZS: 173 keluarga asnaf berjaya keluar kemiskinan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


LZS: 173 keluarga asnaf berjaya keluar kemiskinan

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 FEB: Sebanyak 173 keluarga asnaf dan fakir miskin berjaya keluar dari kepompong kemiskinan melalui bantuan modal perniagaan untuk usahawan asnaf yang dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Gerak kerja LZS juga giat dijalankan seterusnya berjaya menemui 447 keluarga asnaf yang baru ditemui melalui program turun padang sepanjang 2015 menerusi Skuad Jejak Kemiskinan LZS.


LZSSelain itu, sebanyak 340 keluarga pula berjaya keluarga daripada kategori kemiskinan melalui semakan penentuan garis kemiskinan haddul kifayah.

“Jumlah asnaf fakir miskin di Selangor pada 2015 adalah sebanyak 44,293 keluarga.

“LZS menambah dua lagi cawangan baru pada 2015 di Klang dan Cyberjaya bagi memudahkan urusan agihan dan kutipan zakat,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

Jumlah pembayar zakat di LZS pada tahun lalu merekodkan sebanyak 256,540 orang, ia menunjukkan peningkatan tiga peratus daripada pembayar tahun sebelumnya.

Manakala, jumlah pengagihan zakat turut meningkat 14 peratus daripada tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak RM 80.6 juta.

“Semua urusan kewangan dan operasi LZS diaudit Ketua Audit Negara. Laporan rasmi Audit Negara dikeluarkan kepada umum apabila selesai proses audit kelak,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION