SELANGOR

Ahli Majlis PBT: Pelantikan ikut saluran betul

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 18 FEB: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Selangor menolak pertikaian pelantikan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dibangkitkan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dalam sidang media 16 Februari lalu.

Setiausaha MPN Selangor, Borhan Aman Shah, berkata pelantikan Ahli Majlis Selangor itu mengikut prosedur dan Perlembagaan KEADILAN.

borhan aman shah“Berdasarkan Fasal 39.1 Perlembagaan Parti, Cabang boleh mencadangkan mana-mana jawatan politik kepada MPN untuk pertimbangan dan Fasal 29.1, MPN bertanggungjawab untuk memilih mana-mana anggota bagi mewakili parti dalam sebarang kumpulan atau lembaga di peringkat negeri.

“Selepas proses di peringkat MPN diselesaikan, ia kemudian diangkat untuk perbincangan untuk perbincangan seterusnya bersama Menteri Besar dan ada beberapa proses tapisan yang perlu dilakukan Kerajaan Negeri sebelum seseorang dilantik,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Sebelum ini, Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard bersama Setiausaha KEADILAN Cabang Kelana Jaya, S Murali dalam satu sidang media mendakwa Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengamalkan budaya kronisme dan nepotisme dalam pelantikan 288 Ahli Majlis bulan lalu.

MPNJelasnya, tindakan Chegubard itu dikesali kerana cuba untuk menimbulkan kekeliruan kerana ia sudah diselesaikan secara konsensus bersama Ketua Cabang Selangor selain terus menyerang Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin.

Borhan berkata, terserah lepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) supaya mengambil tindakan disiplin kepada anggota yang berniat memecah belah perpaduan parti dengan menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa menggunakan saluran betul dan maklumat tepat.


Pengarang :