Selangorkini
SELANGOR

Ekonomi lembab lonjak permintaan Rumah Selangorku

Oleh: LIZAWATI MADFA

SELAYANG, 27 FEB: Kelembapan ekonomi semasa melonjakkan permintaan pembinaan Rumah Selangorku, kata Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim.

Beliau berkata, majoriti pemaju mendakwa permintaan rumah mampu milik itu lebih tinggi berbanding rumah jenis lain.

norzaton“Sekarang pemaju mahu tumpu kepada pembinaan Rumah Selangorku sebab mereka tidak mahu tutup kedai dan mahukan pulangan dalam pelaburan mereka.

“Ada hikmah juga dengan ekonomi hari ini kerana memberi peluang rakyat Selangor memiliki rumah dengan harga mampu milik.

“Lebih banyak dibina, lebih banyak rumah, lebih banyak peluang,” katanya pada program Skim Pengenalan Pengurusan Bangunan Strata (SKORA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights di sini, hari ini.

Pada masa sama, Norzatun berkata, sasaran pembinaan Rumah Selangorku 2015 berjaya dicapai dan menerima sambutan pembeli, namun kebanyakannya gagal melepasi pinjaman bank.

“Kita ada skim Dana Sel bagi peneroka bandar, namun belum ada program khusus lagi bagi mereka yang lain.

“Bagaimanapun, kita dalam proses perundingan dengan beberapa buah bank dan ada antaranya yang sanggup memberikan pinjaman dengan syarat beban hutang peminjam adalah rendah,” katanya.

-AA-


Pengarang :