Selangorkini
SELANGOR

Futsal medium dekati golongan belia

ccsb-ads

Oleh: SYASYA SUFIAN

AMPANG, 28 FEB: Pertandingan Futsal Piala Iskandar 2015 anjuran Pusat Khidmat DUN Chempaka menjadi medium anak muda melakukan aktiviti berfaedah.

Penganjur, Omar Zambri Mahmud, berkata program itu dijadikan medan anak muda meluang waktu pada hari minggu dengan aktiviti sihat selain mengeratkan ukhuwah.

IMG_5474“Aktiviti sebegini dapat mendekati anak muda dan mendidi mereka dengan lebih rasional.

“Justeru, kita sama sekali menyokong usaha Pusat Khidmat DUN Chempaka dan Dewan Pemuda PAS Selangor untuk terus menganjurkan aktiviti sebegini pada akan datang,” katanya.

Syarikat Ozz Vampo Sdn Bhd muncul sebagai penaja utama pakaian jersey kepada pemenang utama pertandingan terbabit.

Pengarahnya, Suraya Omar Zambri, berkata hampir RM13,000 diperuntukkan bagi meyediakan hadiah bermula di peringkat zon.

IMG_5468“Juara bagi Grand Final akan menerima set lengkap jersey daripada syarikat kami bagi setiap kategori iaitu Terbuka lelaki, bawah 17 tahun dan bawah 15 tahun.

“Lebih istimewa adalah jersey kami menggunakan kain berkualiti sesuai untuk ahli sukan serta direka khas corak dan patern yang tidak ada di mana-mana kedai,” katanya.

Sebelum ini, pertandingan Futsal Piala Iskandar diadakan di enam zon dengan penyertaan 700 pasukan sebelum pusingan akhir pada Grand Final yang diadakan di Sport Planet Ampang, hari ini.

-AA-


Pengarang :