Selangorkini
NASIONAL

KEADILAN: Krisis politik Kedah perlu selesai ikut perlembagaan

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 FEB: KEADILAN menghormati proses perlembagaan dalam menentukan calon Menteri Besar Kedah yang perlu dapat kepercayaan majoriti Ahli Undangan Negeri (Adun) di Dewan Negeri Kedah.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata sebarang keputusan untuk mengeluarkan penyandang jawatan Menteri Besar wajar diasaskan dengan alasan munasabah.

mole-MUKHRIZ-MAHATHIR“Dalam kes Kedah tidak ada sebarang alasan munasabah dikemukakan untuk menyingkirkan Datuk Mukhriz selaku Menteri Besar selain dari politik persaingan dalaman Umno.

“Atas alasan itu, pada pandangan kami, kami akan terus menyokong pentadbiran yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Krisis pertukaran Menteri Besar Kedah masih belum diselesaikan meskipun sudah berlarutan hampir dua minggu.

Meskipun Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah mengadap Istana Kedah namun masih belum ada tanda ia selesai secepat mungkin.

Semalam, Adun Barisan Nasional (BN) dipanggil mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah sementara Adun Pembangkang berbuat demikian hari ini.

EZY


Pengarang :