Selangorkini
NASIONAL

KEADILAN pertahan 2 Adun dipecat GLC, patut rai perbezaan pandangan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SRI DAMANSARA, 21 FEB:  KEADILAN membantah tindakan memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Pulau Pinang daripada memegang jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata KEADILAN tetap dengan pendirian mempertahankan Adun yang menggunakan platform Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberikan pandangan dan maklum balas.

logo-pkr (1)“Biro Politik KEADILAN buat keputusan, kita membantah sebarang tindakan terhadap Adun dan kita akan mempertahankan mereka.

“Yang kita tolak ini budaya fitnah dan tohmahan tetapi apabila ada cadangan untuk memecat mereka daripada GLC, Biro Politik KEADILAN ada membuat keputusan untuk menghantar surat kepada Kerajaan Pulau Pinang supaya perkara ini dibincangkan secara baik dan harmoni,” katanya.

Mohamed Azmin berkata perbezaan pandangan berkenaan perkara itu perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu pemecatan dua Adun PKR Pulau Pinang sewaktu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina DUN Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng tidak mengundi usul berkaitan penambakan tanah yang dibentangkan Umno, November lalu dengan ditamatkan khidmat dalam syarikat GLC berkenaan.

Masing-masing Chin Wen dipecat daripada jawatan pengarahnya di Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), manakala Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

EZY


Pengarang :