Selangorkini
SELANGOR

Kisah Dr Yaakob dengan ubat Senseinya sempena tahun monyet

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 FEB: Walaupun media sosial seperti facebook mampu mengundang gejala negatif namun jika kena caranya banyak memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat khususnya kepada golongan memerlukan bantuan dan pandangan tanpa mengira bangsa dan agama.

Sekurang-kurangnya ini dilakukan Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari apabila beliau berkongsikan pengalamannya selepas diberitahu doktor bahawa terdapat batu kecil bersaiz 2 milimeter di luar pundi kencingnya kira-kira lebih 10 tahun lalu.

12654147_1146694892022160_7967266867749103727_n“Terasa sakit bila nak buang air kecil. Doktor mencadangkan supaya saya buat pembedahan kecil secara laser. Saya minta masa mencari alternatif teknik perubatan dan setelah jumpa Pak Yop di surau (kini arwah, moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya), katanya cuba ambil Shilintong di Sensei Cina.

” Alhamdulillah setelah makan dua kotak Shilintong, batu karang hilang sampai sekarang sudah lebih 10 tahun dan baru-baru ini saya kenalkan Shilintong pada dua orang kawan kerana masalah sama apabila katanya untuk buat operasi kosnya tak kurang RM12,000 dan saya ajak dia ke Sensei Cina di Taman Berkeley, Klang.

“Dia beli dua kotak harganya kini RM 11 sekotak. Tabib Cina itu cadangkan minum bersama air rebusan barli Cina bersama gula batu. Alhamdulillah menurut sahabat saya batu karangnya sudah tiada,” ” tulis Dr Yaakob pada status akaun facebooknya.

Lebih menarik lagi, perkongsian Dr Yaakob itu turut menarik perhatian rakan facebook beliau yang merupakan Pengarah Hospital Pakar Al-Islam, Dr Ishak Mas’ud dengan memberi beberapa info tambahan mengenai keberkesanan ubat Sensei terbabit.

“Kalau batu karang kurang lima milimeter, Insha Allah. Boleh keluar sendiri, tak perlu pembedahan biasanya, wallah hualam,” komen Dr Ishak pada status sama.

EZY


Pengarang :