Selangorkini
NASIONAL

Laksana GST hanya tutup korupsi kerajaan – Wong Chen

OLEH : Ermizi Muhamad

SHAH ALAM 16 FEB : Datuk Seri Najib Razak cuba menyembunyikan kelemahan tata kelola kepimpinannya sebagai Perdana Menteri dengan mendakwa kononnya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menjana ekonomi negara.

Sebaliknya Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen mendedahkan GST sewajarnya tidak dilaksanakan sekiranya pentadbiran Kerajaan Persekutuan bebas daripada unsur rasuah dan ketirisan.

bantah-gst“Dalam tempoh setahun, jumlah ketirisan dilaporkan kira-kira RM20 bilion dan pada masa yang sama pendapatan hasil daripada GST setahun jumlahnya lebih kurang RM16 bilion.

“Kalau tidak ada ketirisan, maknanya tidak perlu pun ada GST. Apa berlaku, Perdana Menteri sengaja mengalihkan tumpuan itu dengan menyatakan GST menyelamatkan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Najib sebelum ini memaklumkan, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil pendirian tegas terhadap pelaksanaan cukai rakus itu walaupun mendapat kekangan dan bantahan daripada majoriti besar rakyat.

Bahkan, Presiden Umno itu berkata beliau tidak pernah menyesal mengenakan cukai itu dengan beranggapan kononnya ia sebagai kaedah untuk mengimbangi cabaran ekonomi global.

Wong-ChenMembidas kenyataan Ahli Parlimen Pekan itu kata Wong Chen, GST hanya boleh dilaksanakan sekiranya 50 peratus daripada jumlah rakyat negara ini membayar cukai pendapatan.

Bagaimanapun daripada ketetapan itu hanya sekitar 20 peratus saja penduduk negara ini yang dikenakan cukai pendapatan.

“Di Malaysia jumlahnya masih rendah dan keadaan ini jelas membuktikan rakyat masih belum bersedia untuk bayar GST sebab 80 peratus rakyat tidak bayar cukai pendapatan pun,” katanya.

EZY


Pengarang :