Selangorkini
SELANGOR

Penduduk Kampung Pangsun gembira masalah geran selesai

Oleh: HAFIZAN TAIB

HULU LANGAT, 13 FEB: Penduduk Kampung Pangsun di sini, hari ini berasa terharu berikutan masalah pemilikan geran tanah dihadapi mereka berpuluh tahun kini berakhir.

Keprihatinan Kerajaan Negeri menerusi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dusun Tua bersama Pejabat Daerah Hulu Langat berhubung perkara itu memberi harapan kepada mereka kerana isu itu dikatakan berlarutan agak lama membabitkan beberapa generasi dalam sesebuah keluarga.

Seorang penerima, Prof Datuk Dr Mohd Jamil Maah, berkata kini penduduk boleh memberi tumpuan bagaimana harus menguruskan kawasan tanah selepas pemilikan geran berkenaan.

Prof UM a“Saya bersyukur dan kini penduduk di sini mendapat geran tanah dan tiada lagi isu yang timbul berkaitan perkara ini kerana ia diusahakan sejak datuk nenek kami dahulu.

“Dengan penyerahan ini memudahkan urusan sama ada penukaran nama milikan, untuk mengusahakannya dan sebagainya,” katanya kepada media yang mengingati usaha datuknya sejak 1966 bagi mendapatkan hak milik kekal itu sehingga beliau meninggal dunia.

Mohd Jamil mencadangkan pihak berkuasa membantu penduduk dengan menyediakan kemudahan laluan ke kawasan tanah milik mereka kerana kebanyakannya adalah kawasan tanpa mempunyai kemudahan seperti itu.

Penyerahan geran tanah YB Razaly di Pongsoon Hulu Langat (ASRI) (3) (1)Bagi Zainon Nandok, 63, juga berkongsi pengalaman sama dengan menjelaskan usaha memiliki geran tanah itu dimulakan bapanya, Allahyarham Nandok Ahmad, yang memakan masa lama.

“Usaha bapa saya lebih kurang 40 tahun dan memang lama tertangguh untuk dapatkan geran tanah.

“Itu sebabnya bila saya dapat hari ini terasa amat gembira dan berbesar hati,” katanya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu merealisasikan perkara berkenaan.

Pengetua Sekolah Menengah Agama Tinggi (SMAT) Ar-Rahman, Shafie Juri berkata, pihaknya kini boleh menumpukan perhatian bagi membina bangunan sekolah di mukin berkenaan.

ustaz a“Tanpa geran maka susah untuk kita mengusahakan kawasan tanah dan saya rasa ia satu anugerah apabila mendapatkannya.

“Saya ingin membangunkan empat bangunan sekolah di kawasan seluas empat ekar dibeli pada 2010 yang boleh menempatkan lebih kurang 800 pelajar,” katanya.

Beliau berkata, dengan terbina bangunan sekolah itu maka SMAT Ar-Rahman yang kini di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, mengembangkan operasi nya dan melangkah lebih maju.

Mohd Jamil, Zainon dan Shafie adalah tiga daripada 66 penerima yang mendapatnya daripada Adun Dusun Tua, Razaly Hassan dalam Majlis Penyerahan Geran Tanah bagi mukim Hulu Langat di Kampung Pangsun, di sini yang turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Langat, Zul-Kefli @ Zulkefli Khalid.

EZY


Pengarang :