Selangorkini
SELANGOR

‘Save Our Rainforest Race’ kembali lagi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 FEB: ‘Save Our Rainforest Race’ (SORR) kembali lagi tahun ini dengan tema ‘Pokok Adalah Masa Depan Kita’.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, berkata program itu akan diadakan di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 26 Mac ini.

Katanya, penyertaan selebriti sebagai ‘Sahabat SORR’ dijangka mampu menarik sehingga 2,000 peserta.

5722_423226977760784_200377189_n“Antaranya, kita ada Amy Search, Keith Foo, Johan Raja Lawak, Ozlynn, Kim Raymond, Imelda Harris, Thanuja, Razif Yahya dan Najwa Latif.

“Kita mahu mewujudkan kesedaran berkenaan kepentingan menjaga hutan hujan tropika untuk generasi kini dan masa hadapan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

SORR mula dianjurkan pada 2013 memerlukan peserta secara berpasangan berlumba sejauh 16 kilometer (KM) untuk menanam pokok di kawasan ditetapkan Jabatan Perhutanan.

“Program kali ini juga berhasrat mengumpul dana untuk kempen kesedaran dan program pendidikan PEKA pada masa akan datang,” katanya.

_D7K2191edtMereka yang berminat boleh mendaftar melalui Facebook di www.facebook.com/pekamalaysia atau laman sesawang rasmi PEKA di www.pekamalaysia.org.

Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan RM80 seorang (RM160 per kumpulan) dan menerima pek perlumbaan meliputi set anak pokok, sarapan pagi, makan tengah hari, t-shirt rasmi dan cenderahati SORR 2016.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi ahli jawatankuasa SORR 2016, Susee di talian (016 2010 2014), Arizal Rahman (011 1224 9782) atau Izwan (017 932 1899).

-AA-


Pengarang :