SELANGOR

Sekolah perlu sensitif isu beli buku tambahan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 FEB: Pihak sekolah perlu sensitif dengan keadaan ibu bapa yang semakin tertekan susulan kenaikan kos sara hidup sebelum mengambil keputusan membabitkan pelajar.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata setiap keperluan pelajar perlu diteliti kegunaannya sebelum diutarakan.

Katanya, ibu bapa terbeban dengan pembelian pelbagai jenis buku, namun jika ia tidak penting sudah tentu ibu bapa akan melenting.

State assemblyman for Seri Setia and Deputy Speaker of the Selangor state assembly, Nik Nazmi Nik Ahmad arrives at the Court of Appeal in Putrajaya on April 25, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli“Jika memang perlu dibeli, ia boleh dibincangkan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang perkara di luar kawalan.

“Bagi saya, pihak sekolah perlu sensitif dalam hal ini dan mengambil langkah bijak serta mengutamakan keperluan penting sahaja,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, kira-kira 50 ibu bapa dari Seri Kembangan melahirkan rasa tidak puas hati berhubung isu pembelian buku kerja yang tidak digunakan di sekolah.

Ibu bapa kesal dengan penjualan buku kerja tidak gunakan dan dipraktikkan di sekolah, lebih mengecewakan apabila ditanya kepada pihak sekolah, buku kerja itu perlu dibeli untuk pemantauan ibu bapa mengajar anak di rumah.

Mereka mendakwa mustahil ibu bapa mengajar murid menggunakan sistem Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) sedangkan pihaknya diberitahu, guru juga baru dihantar kursus mengenainya.

Selain harga mahal berbanding kedai di luar, keadaan itu meningkatkan kos perbelanjaan ibu bapa.

-AA-


Pengarang :