SELANGOR

Shuhaimi: Jangan perbesarkan isu pelantikan Ahli Majlis

SHAH ALAM, 17 FEB: Semua pihak diminta tidak memperbesarkan isu pelantikan Ahli Majlis di pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor ekoran ia sudah selesai.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei, berkata dakwaan sekumpulan pemimpin cabang KEADILAN bahawa Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tidak mengikut garis panduan adalah tidak berasas.

shuhaimi kongres ke 9 PKR 04“Tuduhan itu tidak berasas ekoran semua pelantikan Ahli Majlis sudah selesai pada 16 Januari lalu, manakala 15 lagi yang belum menerima watikah disebabkan urusan pentadbiran seperti pertukaran nama calon baru parti, pertukaran alamat dan insolvensi.

“Tiada isu pun melainkan ia sengaja diperbesarkan pihak tertentu,” katanya lapor Malaysiakini.

Terdahulu, beberapa pimpinan cabang KEADILAN Selangor mendakwa Mohamed Azmin tidak mengikut garis panduan dalam pelantikan Ahli Majlis.

Bekas Ketua Pemuda KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard mendakwa Mohamed Azmin membelakangkan cadangan Ahli Majlis daripada cabang tertentu ekoran ‘sifat dendam’ akibat tidak mendapat sokongan mereka.

-AA-


Pengarang :