Selangorkini
NASIONAL

Skandal MARA: Tiga syarikat Umno didakwa terima RM14 juta

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SUNGAI BESI, 17 FEB : Majlis Amanah Rakyat (MARA) didakwa membuat lebihan pembayaran RM14 juta hasil urusniaga pembelian hartanah di Australia kepada tiga syarikat milik Ecxo Pemuda Umno, Mazrul Haizal Marof.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa, pembayaran dibuat kepada Syarikat Hartanah Australia, Wanissa Properties Pty Ltd melalaui anak syarikat MARA, Thurushcross Land Holding Limited yang dikuasai Mazrul.

NOW AKMAL“Syarikat itu adalah Leuven Capital dengan menerima bayaran AUD350,000, Optimus Capital Group (AUD675,000) dan TRR Heritage (AUD725,000).

“Pembayaran itu sekaligus menaikkan harga jualan hartanah kepada nilai AUD22.6 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Now, hari ini.

Pada masa sama, Akmal berkata, tiga syarikat lain milik seorang lagi Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud dan Ketua Pegawai Esekutif (CEO) MARA, Ahmad Nazim Abd Rahman dikaitkan dalam pembelian hartanah di negara terbabit.

Bagaimanapun jumlah transaksi pembelian tidak dinyatakan secara terperinci dan hanya disebut dalam perbicaraan membabitkan saman syarikat Wanissa Properties di negara itu.

Syarikat terbabit adalah, Midwest Equity, Union Properties dan Unione Servicesand Management.

“Merujuk kepada transkrip diperoleh daripada Mahkamah di Australia membabitkan kes saman syarikat Wanissa Properties, tiga lagi syarikat juga disebut dalam prosiding kes sama,” katanya.

Sebelum ini, MARA juga dikaitkan dengan penyelewengan urusan pembelian hartanah secara tidak telus di Australia yang memberi kesan kepada pembiayaaan tajaan biasiswa pendidikan.

-AA-


Pengarang :