Taja tiket filem Ola Bola bakar semangat sukan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Taja tiket filem Ola Bola bakar semangat sukan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 16 FEB: Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mempunyai cara tersendiri membakar semangat remaja meminati bola sepak supaya berlatih bersungguh-sungguh melangkah ke peringkat lebih tinggi.

Hal ini dapat dilihat apabila Elizabeth pada Sabtu lalu menaja tiket menonton filem ‘pecah panggung’ – Ola Bola kepada 40 pelatih Chelsea F.C Soccer School (Malaysia), Damansara Damai.


Ola Bola TiketBeliau berkata, tajaan itu diharap dapat mendorong pelatih remaja terbabit menggunakan bakat masing-masing bagi mengharumkan nama negara.

“Diharap pada masa hadapan, pemain daripada Damansara Damai berpeluang dipilih menyertai Pasukan Harimau Malaysia.

“Saya juga ingin dorong mereka supaya berlatih bersungguh-sungguh dan jangan menyerah kalah,” kata Elizabeth kepada SelangorKini, hari ini.

Sementara itu, Jurulatih Chelsea F.C Soccer School, Abdul Halim Abdullah, berkata filem Ola Bola mampu memberi suntikan motivasi kepada pemain-pemainnya.

“Kami memang komited membangunkan remaja menerusi bola sepak, sekaligus minat ditanam ini dapat mengelakkan remaja terjebak dengan aktiviti tidak bermoral dan oleh kerana kami fokus dengan bola sepak, maka sebab itulah YB Elizabeth menaja kami.

“Diharap suntikan motivasi dalam filem itu memberi semangat dan mendidik mereka menjadi insan berjaya lebih-lebih lagi mereka memiliki bakat dan minat dalam bola sepak,” kata Abdul Halim.

Beliau berkata demikian sebaik selesai menonton filem Ola Bola bersama 40 pelatihnya di Tropicana City Mall Damansara Intan, Sabtu lalu.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION