SELANGOR

Taman Tema Air Nickelodeon Lost Lagoon dibuka 3 Februari

OLEH : AFIX REDZUAN

BANDAR SUNWAY, 2 FEB: Nickelodeon Lost Lagoon, taman tema air terbaru di Sunway Lagoon yang menjanjikan kemeriahan buat pengunjung terutama penggemar kartun tidak mengira umur.

Menyediakan 14 tarikan permainan air, Nickelodeon Lost Lagoon diilhamkan daripada watak kartun popular seperti SpongeBob SquarePants, Dora The Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles.

AzminIkon baru ini dibina dengan nilai pelaburan RM100 juta mengukuhkan nama Sunway Lagoon yang diiktiraf sebagai lokasi tarikan terbaik asia buat kali keempat berturut-turut sejak 2007 oleh Persatuan Taman Hiburan Dan Tarikan Antarabangsa (IAAPA).

Pelancaran Nickelodeon Lost Lagoon disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan paluan gong sebanyak tiga kali dan disambut percikan bunga api.

Hadir sama, Pengasas dan pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah Urusan Viacom International Media Networks (VIMN) Mark Whitehead serta Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.

NickledeonTimbalan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Razman Hashim gembira dengan jalinan kerjasama bersama Viacom International Media Networks (VIMN) yang sudi membawa tarikan taman tema ke Malaysia.

Nickelodeon Lost Lagoon dibuka secara rasmi kepada umum pada 3 Februari bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM150 untuk umur 12 tahun dan ke atas sementara RM120 untuk 12 tahun ke bawah.

EZY


Pengarang :