Selangorkini
SELANGOR

TPPA: Bernama, Malaysiakini patut mohon maaf

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 31 MAC: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Malaysiakini didesak memohon maaf ekoran melaporkan berita Selangor menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Exco Pelaburan, Perindustrian Kecil dan Sederhana, Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata laporan yang diputar belitkan itu merupakan tindakan keji dan tidak profesional.

TENG“Saya dalam teks bertulis menyatakan kesan positif dan negatif dari Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan Pricewaterhousecoopers.

“Kajian itu bukan pendirian Kerajaan Negeri. Saya mahu mereka memohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media di Lobi Dewan Annexe.

Chang Khim berkata, laporan itu akan memberi gambaran negatif kepada Kerajaan Selangor.

TPPA“Saya amat kecewa kerana Malaysiakini turut mengambil laporan ini dinaikkan di portal mereka.

“Saya percaya semua media menerima teks bertulis diedarkan kepada wartawan,” katanya.

Pendirian Kerajaan Negeri berhubung isu itu ditanya dalam pertanyaan mulut oleh Salehin Mukhyi (PAS-Sabak Bernam) yang mahu penjelasan kesan ekonomi Selangor dalam pelaksanaan TPPA.

Jawapan bertulis bagi soalan itu diedarkan kepada wartawan oleh petugas pejabat Chang Khim selepas beliau menjawab dalam Sidang Dewan Negeri.

-nR-


Pengarang :