Selangorkini
NASIONAL

Deklarasi Rakyat fokus jatuhkan Najib dan Umno BN

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Deklarasi Rakyat dipersetujui memfokuskan perubahan tampuk pemerintahan negara termasuk sistem pentadbiran dan institusi kerajaan.

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin, berkata isu pembebasan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya ditimbulkan ekoran ia terkandung dalam reformasi diperjuangkan Pakatan selama ini.

Maka, katanya, deklarasi ditandatangani Pakatan dan pembangkang bersama pelbagai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas memperjuangkan perkara itu.

shamsul“Fokus kita sekarang untuk menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno BN pada masa sama melakukan reformasi kepada institusi kerajaan.

“Isu itu (pembebasan Anwar) tidak timbul kerana kita sudah maklumkan pendirian kita dan deklarasi ini mendapat sokongannya sendiri,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu mengulas demikian berkenaan kandungan deklarasi dipersetujui bersama Tun Mahathir yang dikatakan tidak menyentuh usaha pembebasan Anwar.

Beliau berkata, secara teori Anwar boleh dianggap bersetuju dengan deklarasi itu dan beliau yakin Anwar akan menghadiri dan menandatangani perjanjian jika tidak dipenjarakan.

Pada masa sama, katanya, satu mesyuarat sudah diadakan semalam dengan Pakatan untuk mewujudkan sekretariat bagi melancarkan program dan kempen mempromosikan deklarasi bagi menarik sokongan rakyat.

Menandatangani deklarasi bersama Tun Mahathir MB Muhyiddin Mukhriz (ASRI) (9)“Saya pasti akan ada sekretariat untuk tujuan ini termasuk Pakatan akan memperincikan semua perkara termasuk berkaitan perjanjian ditandatangani ramai pihak.

“Dicadangkan juga semua pihak akan terbabit bersama dalam jelajah dibuat kelak dan ia sedang dipertimbangkan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, terdapat beberapa insiatif dibyat bagi menjayakan deklarasi itu termasuk insiatif menerusi https://www.change.org/

Beliau berkata, pihaknya menerima maklum balas baik dengan lebih 37,000 menyatakan respon dalam tempoh terdekat dan jumlah kutipan akan disatukan antara respon secara dalam talian serta manual selepas ini.

-AA-


Pengarang :