Selangorkini
SELANGOR

JPS proaktif dan serius tangani 83 hotspot banjir

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 MAC : Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) mengenalpasti 83 kawasan hotspot banjir serius di seluruh negeri, kata Pengarahnya, Hashim Osman.

Beliau berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif melaksanakan pelbagai program berterusan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan terlibat.

Pengarah pengairan dan saliran selangor Hashim“Terdapat 37 projek tebatan banjir sedang dilaksanakan dengan anggaran kos keseluruhan RM121 juta.

“Setelah siap, projek berkenaan menyelesaikan masalah banjir di beberapa daerah iaitu Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Sabak Bernam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pelancaran majlis watikah pelantikan perunding dan juruukur kejuruteraan bagi Program Pembangunan Tebatan Banjir di Dewan Orkid Bangunan PKPS di sini, hari ini.

Pada masa sama, pihaknya optimis masalah banjir dapat ditangani dengan baik sekitar 60 hingga 80 peratus di kawasan banjir berulang.

Terdahulu, 84 syarikat perunding dan juruukur kejuruteraan menerima watikah lantikan Program Pembangunan Tebatan Banjir bagi tujuan penyediaan rekabentuk dan kerja ukur projek tambatan banjir.

Hadir sama menyampaikan watikah lantikan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Permodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Program Tebatan Banjir merupakan inisiatif baru Kerajaan Negeri melalui peruntukan pembangunan negeri dan caruman parit untuk menyelesaikan masalah banjir berulang di negeri itu.

EZY


Pengarang :