Selangorkini
NASIONAL

Kaji semula penstrukturan perkhidmatan ambulan

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR, 23 MAC : Sistem perkhidmatan ambulan di seluruh negara perlu distruktur semula dengan menjadikan perkhidmatan tersebut sebagai sebuah badan berkanun beransingan.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, berkata insiatif tersebut mampu menjadikan perkhidmatan itu lebih berkesan seperti dilaksanakan di negara luar.

WONG CHEN“Sistem ini digunakan di Australia, Singapura dan England dan terbukti efektif dan efisen,” katanya dalam kenyataan di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas insiden kelewatan perkhidmatan ambulan di Subang Jaya baru-baru ini yang menurutnya boleh mengancam nyawa mangsa sekiranya lewat menerima rawatan di hospital.

Pada masa sama, Wong Chen menekankan supaya kerajaan lebih memberi tumpuan kepada perkhidmatan ambulan yang diseliakan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti St John’s Ambulance dan Sj Beacon.

“Saya ingin meminta Menteri Kesihatan untuk serta merta meningkatkan sokongan kewangan perkhidmatan penindak pertama (first responder).

“Malah, sokongan kewangan untuk sukarelawan dan NGO juga perlu dibantu antaranya melalui inisiatif perkhidmatan ambulan tempatan di Subang Jaya,” katanya.

Ketika ini katanya, perkhidmatan ambulan termaktub di bawah seliaan hospital kerajaan, hospital swasta dan perkhidmatan sukarela.

-nR-


Pengarang :