Selangorkini
SELANGOR

Kombinasi Ronaldinho dan Olivi makin serasi

Oleh: HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 2 MAC: Gandingan penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh dan Mauro Olivi yang semakin menjadi dalam pasukan Selangor menggembirakan Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Persefahaman kedua penyerang itu menerajui bahagian serangan terserlah ketika menentang Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini, malam tadi dengan kemenangan 4-2 untuk The Red Giants.

ZAINAL ABIDIN“Mereka berdua nampak sedikit demi sedikit berjaya membentuk kombinasi baik dalam menjalankan tugas.

“Serangan pasukan Selangor juga kini nampak begitu tersusun,” katanya kepada media selepas perlawanan berkenaan.

Walaupun Selangor tidak menurunkan beberapa pemain termasuk Andik Vermanshah yang cedera, namun Ronaldinho dan Olivi berjaya menbentuk gandingan mantap dengan mengatur serangan berkesan menggugat kubu lawan.

Beberapa percubaan digerakkan ternyata memberi masalah kepada skuad kendalian Datuk K Rajagopal dan Ronaldinho sendiri menyumbang dua gol dalam perlawanan itu.

Zainal turut berpuas hati dengan persembahan S Veenod yang ditugaskan mengambil alih posisi Andik di barisan hadapan.

web veenod“Veenod diberi tugas untuk menggantikan tempat Andik dan dia menunjukkan permainan baik sekali,” katanya.

Pemain nombor 23 itu berjaya mengucar kacirkan pertahanan lawan dan sering disorak penyokong setiap kali bola di kakinya.

“Terima kasih kepada penyokong kerana kita berjaya dapat tiga mata dan soal posisi permainan saya hanya mengikut arahan jurulatih.

“Terpulang kepada jurulatih, ” katanya.

-AA-


Pengarang :