Selangorkini
NASIONAL

Mahkamah Rayuan kekal hukuman terhadap Yahya Sahri

PUTRAJAYA 4 MAC : Bekas pegawai khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mohd Yahya Mat Sahri diperintah menjalani hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Rayuan.

Ia selepas didapati bersalah berhubung isu derma RM50,000 untuk meraikan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat, lapan tahun lalu.

Panel hak diketuai Datuk Abdul Aziz Rahim, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Mahkamah Tinggi Harmindar Singh Dhaliwali membuat keputusan sebulat suara setelah menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman.

Abdul Aziz berkata, hukuman penjara diperintahkan berjalan bermula semalam dan wang jaminan RM15,000 dibatalkan serta dipulangkan.

Hukuman tersebut mengekalkan keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Abdul Alim Abdullah pada 27 Jun 2013.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ahmad Sazilee Mohd Khairi dan Aida Adhha Abd Bakar mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.

EZY


Pengarang :