Selangorkini
NASIONAL

Muhyiddin cuma kekal dalam parti ‘nazak’ – Saifuddin

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 MAC : Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal dalam Umno tidak dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebaliknya berkata Umno adalah parti nazak dan kini semakin hilang majoriti besar sokongan rakyat.

najib muhyiddin putrajaya“Saya faham mengapa beliau masih dalam Umno. Mungkin dia berasa yang perubahan dari dalam masih boleh dilakukan.

“Tetapi, Umno hari ini begitu nazak. Saya tak pasti kalau perubahan dapat itu dilakukan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Bangunan SSAAS hari ini.

Muhyiddin dalam sidang medianya pagi ini mengumumkan untuk terus kekal dalam parti itu meskipun digantung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.

Datuk-Saifuddin-AbdullahNamun kata Saifuddin juga itu, langkah diambil Muhyiddin itu cuma bagi tujuan kedudukan dan bersifat peribadi.

“Saya fikir dia masih kekal pun untuk tujuan siasatan pihak ROS kepada Umno yang menggantung keahliannya tanpa sebab.

“Atau mungkin dia kekal buat sementara ini untuk mencabar (pemilihan) Majlis Tertinggi Umno nanti,” katanya.

EZY


Pengarang :