Selangorkini
NASIONAL

PRN Sarawak: PAS bakal tandingi kerusi DUN bukan Islam

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 MAC: PAS dijangka akan bertanding di kerusi DUN bukan Islam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Naib Presidennya, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata ia berbeza dengan pandangan sebelum ini bahawa parti itu hanya boleh bertanding di kerusi yang peratusan orang Islam melebihi 50 orang.

Katanya, PAS akan bertegas pada PRN kali ini dan parti itu juga boleh berperanan dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

ISKANDAR SAMAD“PRN Sarawak boleh diadakan pada bila-bila masa adalah peluang bagi PAS menegaskan sekali lagi ia bukan sekadar parti untuk orang Islam sahaja.

“PAS dijangka akan bertanding di kerusi DUN di mana orang Islam bukan majoriti meskipun terdapat pandangan PAS hanya boleh bertanding di kerusi di mana orang Islam melebihi 80 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata, PAS turut akan memperjuangkan masa depan mereka seperti dilakukan untuk masyarakat Islam memahami keperluan dan aspirasi rakyat.

Justeru, katanya, PRN Sarawak adalah satu peluang lagi untuk menegaskan semula peranan parti itu kepada rakyat.

“Sejak 2008, Exco, wakil rakyat dan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) PAS di Selangor berperanan dengan jayannya di dalam masyarakat di mana peratus orang bukan Islam adalah tinggi,” katanya.

-AA-


Pengarang :