SELANGOR

Sedia kaji jadikan silat kegiatan kokurikulum KAFA

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 MAC: Cadangan menjadikan seni persilatan Melayu sebagai kegiatan kokurikulum di Sekolah Agama KAFA di negeri itu akan dikaji, kata Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Kata Dr Ahmad Yunus, beliau sedia mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah dan pihak terlibat lain bagi memastikan rancangan ini boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan operasi persekolahan.

Seni_silat_melayu“Seni persilatan Melayu merupakan seni warisan Melayu turun temurun yang perlu dipelihara.

“Dengan menjadikan sebagai kokurikulum di Sekolah KAFA akan memberi peluang kepada pelajar sekolah agama KAFA belajar seni silat ini,” kata Dr Ahmad Yunus kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman mencadangkan supaya sekolah agama KAFA di Selangor menjadikan seni persilatan sebagai aktiviti korikulum mereka.

Jelasnya, beliau juga bersedia bertemu ketua perguruan silat bagi membincangkan isu ini.

EZY


Pengarang :