Selangorkini
SELANGOR

Selangor ulangi pendirian bantah TPPA

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 MAC: Kerajaan Negeri sekali lagi mengulangi bantahan terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan pada 4 Februari lalu.

Exco Pelaburan, Perindustrian Kecil dan Sederhana, Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata Selangor sudah menyatakan kebimbangan dan menggesa Kerajaan Pusat memelihara dan menangani beberapa isu berkepentingan rakyat apabila TPPA berkuatkuasa.

Katanya, antara isu penting termasuk nilai mata wang, hak dan kepentingan tenaga buruh, harta intelek, syarikat milik kerajaan dan memelihara pasaran perniagaan tempatan.

teng dun 04 jul 01“Walaupun kita menyatakan bantahan, Kerajaan Pusat seolah-olah memekakkan telinga dengan segala bentuk justifikasi dan hujah dibentangkan.

“Perjanjian melalui proses rundingan lebih kurang lima tahun itu hanya memberikan rakyat tempoh tiga bulan sahaja bagi mendalami teks dengan 6,000 muka surat dan memberi komen dan maklum balas,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak, Sallehen Mukhyi berhubung kesan TPPA terhadap ekonomi Selangor.

Chang Khim berkata, kesan langsung perjanjian itu masih belum boleh dilihat dalam tempoh terdekat.

TPPA“Sebagai negeri penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Selangor akan turut menerima impak langsung, sama seperti dialami Malaysia kelak.

“Berdasarkan kajian Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS) dan Pricewaterhousecoopers (PwC Advisory Services Sdn Bhd), TPPA akan memberi impak positif dan negatif,” katanya yang juga ADN Sungai Pinang.

-nR-


Pengarang :