Selangorkini
SELANGOR

“Sustainable Petaling Jaya” inisiatif lestari bandar raya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 17 MAC: “Sustainable Petaling Jaya” 2030 adalah inisiatif Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadikan bandar raya itu lebih pesat dan berdaya saing di peringkat global.

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain berkata pelan itu memberi tumpuan kepada usaha pembangunan mampan jangka panjang dengan menetapkan lima hala tuju pelaksanaannya.

IMG_1181“Kita mahu menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar bersih, hijau dan berkarbon rendah dengan pertumbuhan ekonomi berdaya saing.

“Usaha mewujudkan masyarakat harmoni, selamat dan prihatin juga diteruskan menerusi program bandar selamat dengan menggalakkan pasukan keselamatan di kawasan kejiranan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pelan Induk Keselamatan Petaling Jaya 2015-2020 dan penyampaian sumbangan pasukan keselamatan kejiranan Petaling Jaya PKKPJ2016, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Lee Hoy Sian, Ahli Majlis dan kakitangan MBPJ.

IMG_7398Selain itu katanya, pelan itu juga memberi pendekatan terbuka kepada masyarakat melalui penglibatan dalam komuniti menguruskan hal bandar.

“Kita buka cadangan dan sebarang maklum balas daripada masyarakat untuk memberi idea dalam usaha menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar yang lebih efektif.

“Malah kita juga menggalakkan kehidupan masyarakat ‘berdayahuni’ melalui pelaksanaan inisiatif bandar mampan yang dilaksanakan sebelum ini,” katanya.

-AA-


Pengarang :