SELANGOR

Eco Free Market aktiviti amal bantu pihak memerlukan

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 APR : Program Eco Free Market memberi peluang kepada masyarakat menyertai aktiviti amal dengan mengedarkan barangan kepeluan secara percuma kepada pihak memerlukan.

Bertempat di Taman Sukan Lasak (Extreme Park) Seksyen 13, pada 23 April ini, orang awam boleh menyumbang pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, dekorasi hiasan rumah, permainan kanak-kanak, alat elektronik, alat tulis, bahan bacaan dan lain-lain lagi.

13010912_1172999179379157_6896745998118876093_nBagaimanapun, barangan yang tidak mendatangkan manfaat kepada komuniti seperti VCD cakera padat cetak rompak tidak dibenarkan untuk dipamerkan.

Pengunjung berminat untuk mendapatkan barangan keperluan hanya perlu mendapatkan izin daripada pemilik asal untuk mengambil barang tersebut.

Lebih istimewanya, bagi menarik lebih ramai pengunjung perkhidmatan bas juga disediakan menghubungkan laluan dari PPRT Rimba Jaya ke PPRT Rimba Jaya, dan PPRT HICOM ke Taman Sukan Lasak.

Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sepanjang program berlangsung.

Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh menghubungi Shahrul Nizam di talian [email protected] atau Hafizah 016-2969355.

EZY


Pengarang :