SELANGOR

Lain Daripada Yang Lain pamer 62 seni lukis

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 APR: Artis yang tidak menerima pendidikan dan latar belakang formal seni lukisan wajar diberi penghormatan.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Datuk Mahadzir
Lokman, berkata hasil seni lukisan mereka kebiasaannya lahir tulus ikhlas daripada hati.

MAHADZIR LOKMAN“Mereka seharusnya menerima penghormatan kerana merekalah karyawan negara walaupun tidak sekaya sebagaimana artis di sesetengah negara lain dihargai.

“Tetapi mereka ini ikhlas berjuang dengan penuh semangat memperkayakan hasil warisan kita,” katanya di Galeri Shah Alam, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Lain Daripada Yang Lain – Pameran Seni Visual ‘Self Taught’, Gaya Naif dan ‘Outsider’ yang turut dihadiri Pengarah Galeri Shah Alam, Mohd Said Abu.

Pameran julung kali diadakan itu disertai 24 artis daripada empat galeri iaitu Lua Gallery, Galeri Titik Merah, Atemis Art dan Malaysia Naïve Art Group.

LDYLDengan mempamerkan 62 seni lukisan pelbagai genre, pameran bermula 14 Mac lalu itu masih boleh dikunjungi sehingga 22 April ini.

Selain artis terkenal seperti Mazlan Noor Along, pameran turut mengetengahkan hasil lukisan artis dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan penghidap Autisme.

-nR-


Pengarang :