Selangorkini
NASIONAL

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 5 APR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan penurunan harga minyak mentah.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit turun kepada 3.9200/9280 berbanding dolar AS daripada 3.9020/9090 pada penutup semalam.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS turun 30 cents kepada AS$35.39 satu tong, manakala niaga hadapan Brent jatuh 23 sen kepada AS$37.46 satu tong, lapor BERNAMA.

NILAI RINGGITPeniaga berkata, ringgit perlu mencari jalan untuk mencapai kawasan penyatuan dan kekal utuh dalam tempoh terdekat ini, manakala dolar AS terus kerugian kecil pada setiap hari.

“Dolar AS tidak mungkin mendapat kawalan semula menjelang akhir minggu ini kerana pasaran memberi tumpuan kepada jangkaan pengurangan kenaikan kadar faedah AS dalam tempoh terdekat,” katanya.

Berbanding sekumpulan mata wang lain, ringgit juga diniagakan lebih rendah.
Dipadankan dengan dolar Singapura, ia jatuh kepada 2.8926/9006 daripada 2.8848/8904 semalam dan susut berbanding yen Jepun pada 3.5315/5400 daripada 3.4967/5039.

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.5954/6084 daripada 5.5381/5496 dan susut kepada 4.4676/4783 daripada 4.4366/4457 berbanding euro.

EZY


Pengarang :