Selangorkini
NASIONAL

Tony Pua: Saya puas hati 80 peratus

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 APR: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mengarahkan 1MDB bekerjasama dengan Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengemukakan dokumen diperlukan dalam siasatan.

Katanya, antara dokumen dimaksudkan termasuklah penyata kewangan dan rekod perbankan luar negara.

PJ Utara MP Tony Pua

“Memandangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri terutama ‘skandal derma’ berjumlah USD681 juta dilakukan di luar negara, AG atau PAC tidak dapat membersihkan beliau daripada tuduhan.

“Jika Najib ingin mengenepikan segala kaitan mencurigakan antara dana luar negara 1MDB dengan beliau, maka beliau seharusnya menegur dan mengarahkan 1MDB memgemukakan semua rekod perbankan luar negara kepada PAC atau Peguam Negara untuk penelitian lanjut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini.

Pua berkata, kegagalan Najib berbuat demikian akan mencemarkan namanya dengan persepsi menyembunyikan banyak perkara serta takut menyatakan kebenaran.

Pua yang juga salah seorang anggota PAC secara peribadi mengakui berpuas hati 80 peratus dengan hasil penemuan dan keputusan diputuskan.

1MDB“Saya boleh sebut saya puas hati 80 peratus maksudnya ada lagi perkara-perkara saya tidak cukup puas.

“Tapi oleh kerana kita ingin membentangkan laporan ini pada hari terakhir sesi Parlimen yang lalu, kita kena seimbang.

“Kalau tidak dibentangkan lagi mungkin sesi akan datang, kita tidak dapat bentangkan langsung.

“Saya menerima bahawa perkara kita tidak dapat masukkan, kita siasat kemudian,” katanya.

Katanya, PAC melakukan tugas dengan baik dan menyiasat kesemua dokumen yang dibekalkan meskipun tidak lengkap seperti dimahukan.

Beliau menjelaskan, ‘pihak berkuasa relevan’ boleh disarankan membuat siasatan susulan sekiranya berkemungkinan wujud ‘elemen jenayah’ adalah Bank Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

-nR-


Pengarang :