Selangorkini
SELANGOR

Tundukkan Selangor 3-1, Felda ditangga teratas liga

OLEH : HAFIZAN TAIB

BANDAR JENGKA, 9 APR: Felda United FC membuktikan kejaguhan apabila menewaskan Selangor 3 – 1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak di sini, malam ini.

The Fighters mendahului seawal minit kesembilan apabila Muhammad Hadin Azman memperolehnya dengan melepasi pertahanan Merah Kuning dan menewaskan Norazlan Razali.

LrMobile0904-2016-1221218101006063024Gol terbabit merancakkan perlawanan dengan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan balas, namun The Red Giants terus buntu menanti gol pertama.

Separuh masa pertama kekal 1 – 0 biarpun Selangor mendapat peluang menyamakan kedudukan mnerusi percubaan Azrif Nasrulhaq (m39) tetapi melepasi palang gol lawan.

The Red Giants memulakan separuh masa kedua dengan beberapa percubaan pantas di hadapan pintu gol Felda United FC tetapi diimbangi pihak lawan dengan serangan balas menghadirkan bahaya.

Patrick Ronaldinho Wleh sekali lagi menggembirakan kem Selangor melalui gol penyamaan pada minit ke 67 selepas sepakan percuma diambil Mauro Olivi gagal diselamatkan Farizal Harun.

Bagaimanapun ia tidak bertahan lama apabila pemain import lawan, Zah Rahan Krangar (m74) terus menekan skuad Zainal Abidin Hassan dengan gol kedua.

Sel Fel (1)Sisa kebangkitan Merah Kuning terus dimatikan skuad bimbingan Irfan Bakti dengan gol ketiga hasil jaringan Francis Forkey Doe tiga minit selepas itu selepas menerima hantaran cantik daripada Muhammad Hadin Azman.

Keputusan kekal memihak Felda United FC sehingga tamat perlawanan dan kemenangan keenam dari tujuh perlawanan meletakkan pasukan bimbingan Irfan Bakti kini mendahului liga dengan pungutan 18 mata.

Ia berikutan Kelantan berjaya mengikat JDT 2 – 2 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Sultan Mohammad IV.

JDT kini di tangga kedua dengan 17 mata diikuti Selangor (11 mata).


Pengarang :