Selangorkini
NASIONAL

1MDB: Tony Pua cabar Arul Kanda berdebat lagi

OLEH : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua masih belum mengalah dan tetap mahu meneruskan debat bersama Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Cabaran debat kali kedua ini dibuat susulan halangan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada cabaran pertama pada 14 April lalu kerana ia masih dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

1MDB“Sekarang siasatan habis dan dibentangkan dalam Parlimen, beliau tidak ada lagi halangan dalam perbahasan tersebut,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Laporan PAC sebelum ini merumuskan struktur pembiayaan modal serta prestasi kewangan 1MDB kurang memuaskan dan meminta mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bertanggungjawab terhadap kelemahan dan kekangan syarikat.

Selain itu, Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rwzak perlu dimansuhkan bersama Artikel 117 seperti dalam memorandum dan artikel syarikat (M&A).

EZY


Pengarang :