Selangorkini
SELANGOR

47 keluarga mangsa ribut terima sumbangan

OLEH : AFIX REDZUAN

DENGKIL, 10 MEI: Kerajaan Selangor sedia memberikan bantuan baik pulih 47 rumah Kampung Orang Asli Bukit Bajak yang menjadi mangsa ribut pada 7 Mei lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata setiap keluarga bakal mendapat bantuan bencana sebanyak RM500 sebagai bantuan awal dan barangan keperluan.

IMG_20160510_162126“Kita memberikan bantuan berupa barangan dan kewangan atas kerosakan bumbung yang berlaku disebabkan ribut.

“NGO Insaf Malaysia biasa membuat rumah untuk Orang Asal dan mereka akan berhubung dengan pejabat Exco Elizabeth untuk melihat kerosakan berlaku dan jumlah kos baik pulih,” katanya.

IMG_20160510_162017Hadir sama Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Orang Asal dan Pegawai Daerah Sepang, Roslinah Md Jani.

Tinjauan SelangorKini mendapati kebanyakan bumbung rumah musnah dipukul ribut tempoh hari dan kerosakan paling teruk berlaku di rumah Lengit Rapis.

Tok Batin, Jalil Long dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas kesudian melawat mangsa.

EZY


Pengarang :