Selangorkini
SELANGOR

Cabaran memancing meriahkan Hari Informasi Akademik KUIS

OLEH HAFIZAN TAIB

BANDAR SERI PUTRA, 5 MEI: Hari Informasi Akademik KUIS bakal dimeriahkan dengan acara memancing yang menawarkan hadiah keseluruhan RM1,000 kepada peserta dalam program berlangsung di sini, mulai esok hingga Ahad ini.

Dengan hadiah disediakan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menjangkakan lebih kurang 1,000 peserta akan menyertai Cabaran Memancing KUIS di kawasan tasik kolej itu yang bermula awal pagi.

Banner webJurucakap KUIS berkata, daripada hadiah keseluruhan ditawarkan, juara akan membawa pulang RM3,000, naib juara (RM2,000), ketiga (RM1,000) diikuti selebihnya untuk pemenang sagu hati.

“Tujuan cabaran memancing diadakan kerana ia salah satu acara boleh menarik orang ramai hadir pada hari terbuka seperti ini.

“Selain itu, juga meningkatkan kesedaran warga pemancing bersantai bersama keluarga yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi dalam aktiviti sihat ini,” katanya.

Di samping itu, katanya, acara lain turut diadakan adalah pameran pendidikan, temuduga tahfiz, ceramah motivasi, berkayak, Klinik Al-Fatihah dan Syariah selain lawatan kampus dan pelbagai aktiviti menarik lain.

-AA-


Pengarang :