Selangorkini
SELANGOR

MBSA lancar E-Waste Alam Alliance perkasa kaedah kutipan bahan terbuang elektronik

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 MEI: Kemajuan dalam teknologi pengeluaran barangan elektrik dan elektronik termasuk komputer persendirian, televisyen, alat penghawa dingin, mesin basuh, telefon bimbit serta bateri meningkat dengan kadar yang cepat selain perlu dilupuskan jika rosak atau terlalu lama.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Selangor melancarkan program E-Waste Alam Alliance di bawah program pengumpulan, pengangkutan dan pelupusan E-Waste daripada isi rumah (Household E-Waste).

Timbalan pengarah MBSATimbalan Datuk Bandar Shah Alam, Shukri Mohamad Hamin, berkata program terbabit bertujuan memperkasakan kaedah pengutipan, pengasingan dan pengangkutan E-Waste yang dihasilkan isi rumah dapat diuruskan dengan efektif selaras dengan konsep kejiranan hijau.

Katanya, program itu juga bertujuan memastikan bahan buangan itu dikendalikan kemudahan atau premis yang dilesenkan Jabatan Alam Sekitar.

“Bahan E-Waste seperti telefon bimbit, peti sejuk, televisyen dan radio dikategorikan sebagai Buangan Terjadual (SW110) yang perlu diuruskan mengikutperaturan kualiti alam sekeliling (buangan terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya.

Shukri berkata, pengurusan dan kaedah pelupusan bahan E-Waste yang tidak diuruskan dengan baik akan memudaratkan kesihatan kerana ia mengandungi bahan toksik serta logam yang berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik juga penebat api.

Pelancaran Perlaksanaan Program E-Waste Alam Alliance peringkat Negeri Selangor MBSA (ASRI) (3)“Konsep pengurusan dan kaedah pelupusan E-Waste daripada isi rumah yang dilaksanakan masa kini adalah secara konvesional dan tidak menepati ciri amalan hijau, bahkan kebanyakannya dikendalikan Pengusaha Barangan Lusuh (scrap dealer),” katanya.

Beliau berkata, Selangor negeri tertinggi pengumpulan bahan itu sebagai contoh MBSA berjaya mengumpul 12,955 kilogram bahan terbabit, sejak 2013.

Katanya, pelaksanaan program E-Waste Alam Alliance itu diterajui Jabatan Alam Sekitar membabitkan tiga pihak berkuasa tempatan iaitu MBSA, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

-NFN-


Pengarang :