Selangorkini
NASIONAL

Pernahkah SPRM serbu rumah Najib Razak seperti kes Guan Eng?

SHAH ALAM 22 MEI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa adil dan tidak memilih dalam siasatan mereka dalam apa jua kes.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata berita serbuan SPRM ke atas rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menimbulkan rasa curiga.

logo SPRM“Walaupun serbuan itu dilakukan dengan kehadiran Lim dan isterinya Betty Chew, serta peguam mereka, tindakan sebegini sebenarnya menimbulkan persoalan tentang keadilan dan kesaksamaan dalam siasatan SPRM.

“Lebih-lebih lagi usaha teramat pantas dan bersungguh-sungguh dalam kes Guan Eng ini berbeza sama sekali dengan tindak balas SPRM terhadap laporan ke atas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak – yang hampir tiada sama sekali,” kata Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Soal Mohamed Azmin, pernahkah SPRM menyerbu rumah Najib? Dan jika tiada, mengapakah siasatan ke atas sebuah banglo memerlukan tindakan drastik sebegini?

“SPRM juga wajib dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan mereka,” kata Azmin.

EZY


Pengarang :