Red Giants ‘mengganas’ tumbangkan Kelantan 5 – 2 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Red Giants ‘mengganas’ tumbangkan Kelantan 5 – 2

OLEH : AFIX REDZUAN

KOTA BHARU, 21 MEI: Selangor memulakan pusingan kedua kempen Liga Super 2016 dengan penuh bergaya selepas berjaya menewaskan Kelantan 2-5 dalam aksi tegang yang dicemari layangan kad merah.

Meskipun beraksi tanpa kelibat penyerang sensasi, Patrick Ronaldinho Wleh, Selangor berjaya meranapkan impian pasukan tuan rumah untuk mengutip tiga mata penuh di Stadium Sultan Mohammad IV.


Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 permainan menerusi Blazhe Ilijoski yang berjaya melakukan sepakan rendah selepas menyambut umpanan daripada tengah padang meskipun cuba diasak Mohd Shahrom Kalam.

IMG_20160521_213316-800x635Selangor tidak menunggu lama untuk bangkit enam minit kemudian hasil jaringan Mohd Hafiz Kamal yang berjaya menanduk masuk sepakan percuma Andik Vermansyah.

The Red Giants nyaris menggandakan jaringan pada minit ke-18 menerusi Mauro Olivi yang menanduk masuk bola ke gawang Kelantan namun ia dibatalkan kerana off-side.

R Gophinathan kembali meletakkan Selangor di headman pada minit ke-21 selepas membuat rembatan lencong ke sebelah kanan gawang gol Kelantan bagi menewaskan Khairul Fahmi Che Mat hasil umpanan Mauro Olivi.

Tidak cukup dengan itu, Gopinathan hampir menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-33 namun tandukannya tersasar selepas membuat percubaan susulan hasul sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal yang terlebih dahulu terkena palang.

SEL KELNamun, Muhammad Nazmi Faiz memastikan Selangor selesa masuk ke bilik persalinan dengan jaringan ketiga selepas berjaya merembat lencong kaki kiri bagi menwaskan Khairul Fahmi pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal sekali lagi membuka ruang buat Mohd Razman Roslan menjaringkan gol keempat Selangor selepas menampan kemas ke gawang The Red Warriors.

Kelantan cuba bangkit pada minit ke-59 hasil jaringan Dramane Traore yang membuat rembatan ke kiri gawang Selangor bagi menewaskan Norazlan Razali.

Derita buat Kelantan berterusan yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Wan Zaharulnizam dilayangkan kad merah selepas mengasari Muhamad Nazmi Faiz pada minit ke-60.

Kelantan terus mengasak ke kubu Selangor bagi mencari gol ketiga menerusi sepakan percuma Indra Putra Mahyudin pada minit ke-84 namun ia terus ke dakapan Norazlan Razali.

Ahmad Hazwan Bakri melengkapkan malam cemerlang Selangor dengan gol kelima pada minit ke-88 selepas melepasi perangkap off-side Kelantan sebelum merembat kencang menewaskan Khairul Fahmi.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan kemenangan ini Selangor yang dibimbing Zainal Abidin Hassan kekal di tangga ketiga dengan 22 mata di belakang Johor Darul Takzim (JDT) dan Felda United.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION