Selangorkini
NASIONAL

Tidak hilang deposit, Calon KEADILAN Satok bangga walaupun tewas

OLEH : NAEEM RAFFI

KUCHING, 8 MEI : Sokongan rakyat semakin bertambah kepada KEADILAN di ‘kubu kuat’ Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Perkara itu dibuktikan Calon KEADILAN di N8 Satok, Mohammad Salleh Shawkatali apabila beliau tidak hilang wang deposit walaupun berdepan Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.

Mohamed Salleh Shawkatali“Alhamdullilah, ada peningkatan ketara undi kepada kita (KEADILAN) di beberapa kawasan dalam DUN Satok.

“Satu permulaan baik ditunjukkan rakyat kawasan ini yang mahu saya teruskan menegakan keadilan pada masa hadapan.

“Ini kali pertama saya bertanding dan ia agak memberangsangkan, kita ada tempoh lima tahun lagi dan sudah tentu kita akan terus bekerja kuat,” katanya ketika ditemui SelangorKini di Bilik Gerakan Utama (BGU) KEADILAN di sini, semalam.

Salleh sekadar meraih 1,809 undi tewas kepada penyandang DUN itu (6,854) dengan majoriti 5,045 undi.

“Setinggi penghargaan kepada semua jentera dan penyokong yang bertungkus lumus sepanjang perjalanan kempen saya,” katanya.

-nR-


Pengarang :