SELANGOR

Isu Azrif: FAS dan JDT sedia berbincang

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 JUN: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sudah menerima surat rasmi daripada kelab Johor Darul Takzim (JDT) untuk meneruskan perbincangan mengenai pemain pertahanan, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham.

Pengurus The Red Giants, Amirudin Shari, berkata setakat ini FAS kekal dengan keputusan menolak penebusan kontrak namun bersedia meneruskan perbincangan bersama JDT bergantung pada keputusan pimpinan atasan.

fas_logo“Kita sudah mendapat surat daripada Persatuan Bola Sepak Johor, Kelab JDT, saya akan putuskan segera dengan pimpinan tertinggi.

“JDT sudah menulis surat memanjangkan rundingan terhadap pemain tersebut. Kita bincang secara terbaik tetapi saya perlu mendapat pengesahan pimpinan tertinggi terlebih dahulu,” katanya kepada Selangor Kini.

Menyentuh soal jendela perpindahan yang mula dibuka 20 Jun, Amirudin menjelaskan pengurusan Selangor sudah ada senarai pendek pemain untuk dibawa masuk.

“Kita sudah ada senarai pendek dan saya sedang lobi untuk pertimbangan pihak pengurusan atas.

“Kalau diluluskan kita akan melihat sedikit perubahan jika tidak kita kekal barisan pemain sedia ada,” katanya.

EZY


Pengarang :