Selangorkini
NASIONAL SELANGOR

MB ziarah Ahmad Bashah, doa diberi kesihatan dan kembali pulih

OLEH : NAEEM RAFFI

PULAU PINANG, 16 JUN : Jadual padat sepanjang ramadan selain kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak menghalang Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali meluangkan masa menziarahi Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang (HPP).

Mohamed Azmin ditemani Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin disambut Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Mohd Rashid Hasnon dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin sebaik tiba jam 9.30 malam tadi.

ClFBW32VEAAjPv-“Saya mendoakan kesihatan Dato’ Seri Ahmad Bashah. Semoga beliau diberi kesihatan dan kembali pulih seperti sediakala,” kata Timbalan Presiden KEADILAN itu menerusi laman Twitter.

SelangorKini difahamkan, hanya Mohamed Azmin dibenarkan masuk bertemu Ahmad Bashah dan ruang masa 20 minit bertemu itu digunakan sepenuhnya untuk bertanya khabar dan beramah mesra.

Ahmad Bashah sebelum ini dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas mengadu tidak selesa ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora, Mergong, Kedah sebelum disahkan komplikasi usus.

Bagaimanapun, pada 6 Jun lalu, Ahmad Bashah ditukarkan ke HPP untuk proses pemantauan berterusan.

AZMIN WAWI WALKABOUTMohamed Azmin sebelum itu bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Taman Chandan Putri sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar sebelum melanjutkan langkah ke Pulau Pinang untuk menziarahi Ahmad Bashah.

-nR-


Pengarang :