Selangorkini
SELANGOR

SPAN, SYABAS serbu premis sambung bekalan air haram

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 JUN : Sebuah premis di Telok Pulai, Klang diserbu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam operasi pengkuatkuasaan kerana disyaki menjalankan aktiviti penyambungan bekalan air secara haram.

Eksekutif Kanan SPAN, Loh Pit Mui, berkata siasatan rekod mendapati premis ini pernah mempunyai akaun bekalan air sah berdaftar dengan SYABAS dan ditamatkan pada 2012.

Loh Pit Mui SPAN a“Premis berkenaan didapati menggunakan saluran paip lentur bersaiz 14MM secara tidak sah bagi tujuan kegiatan curi air untuk kegunaan operasi premis berkenaan.

“Hasil siasatan juga, tindakan penutupan bekalan air pernah dilakukan ke atas premis ini sebelum ini. Namun pemilik membuat penyambungan bekalan air secara haram,” katanya.

Loh berkata, ini juga merupakan kesalah berulang premis berkenaan selepas pihaknya pernah membuat serbuan ke atas premis sama sebelum ini.

Pada masa sama, SPAN juga mengadakan serbuan secara beransingan ke atas sebuah premis makanan di Jalan Dwitasik, Bandar Permaisuri atas kesalahan sama.

PAIP HARAMKetika serbuan, SPAN mendapati premis tersebut juga menggunakan paip mudah lentur secara tidak sah dan menyalurkan air bersih dibekalkan SYABAS.

Justeru Loh berkata, pihaknya berharap agar orang awam boleh memberikan kerjasama untuk membuat aduan kepada pihaknya bagi mengekang sebarang aktiviti curi air di seluruh negeri.

“SPAN memohon kerjasama orang awam untuk melaporkan kes-kes curi air ini kepada pihak kami untuk manfaat pengguna bersama,” katanya.

-nR-


Pengarang :