Selangorkini
BERITA UTAMA NASIONAL

BERSIH dakwa 118,774 pengundi dipindahkan, gesa SPR teliti aduan

OLEH LIZAWATI MADFA

PUTRAJAYA, 22 JUL: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera bertindak atas aduan perpindahan kawasan pengundian secara haram.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata sejumlah 118,774 senarai nama pengundi dipindahkan sudah diserah kepada SPR awal Julai lalu.

Katanya, lebih 40,000 pengundi juga dipindah keluar daripada kawasan Parlimen didaftar mereka.

maria chin“SPR janji untuk meneliti aduan ini,namun sehingga kini tidak memberikan tarikh untuk perbincangan mahupun tindakan lanjut berhubung perkara ini.

“Kita akan terus datang jika SPR terus berdiam diri,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau bersama pimpinan Pakatan Harapan hadir ke pejabat SPR di Menara SPR di sini bagi menyerah memorandum pengundi DUN Batang Kali yang dipindah secara haram.

Antaranya, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, Ahli Parlimen (MP) Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan MP Seputeh, Teresa Kok.

Mula beroperasi 1 Jun lalu, talian aduan Bersih 2.0 menerima lebih 100 aduan perpindahan haram pengundi.

Maria berkata, pengundi mengadu mereka tidak dimaklumkan tentang perpindahan berkenaan oleh SPR.

“Kita menggesa SPR mengembalikan pengundi ke kawasan undian mereka.

“Pertukaran kawasan hanya boleh dibuat menerusi proses persempadanan semula yang diluluskan Parlimen,” kata Maria.

-nR-


Pengarang :