Selangorkini
NASIONAL

Dr Mahathir boleh sertai perhimpunan Bersih

OLEH: LIZAWATI MADFA

PUTRAJAYA, 22 JUL: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menjangkakan satu perhimpunan aman bakal berlangsung dalam masa terdekat berhubung perkembangan terbaru isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya , Maria Chin Abdullah, berkata pihaknya perlu berbincang dengan badan bukan kerajaan (NGO) terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dicapai.

“Sekarang adalah masa tepat untuk berhimpun lagi tetapi kita harus berbincang dahulu.

“Perhimpunan sememangnya dalam perancangan,” katanya kepada pemberita.

maria chinTerdahulu, beliau bersama pimpinan Pakatan Harapan hadir ke pejabat SPR di Menara SPR di sini bagi menyerah memorandum pengundi dipindah secara haram.

Mengulas kerjasama dengan bekas Perdana Menteri keempat, Maria berkata Tun Dr Mahathir Mohamad bebas menyertai sebarang perhimpunan.

“Beliau boleh menyertai perhimpunan kami jika bersetuju dengan pembaharuan yang diperjuangkan.

“Ini pendirian konsisten BERSIH,” katanya.

-nR-


Pengarang :