MUNICH 23 JULAI: Dipercayai sepuluh terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah kompleks beli-belah di Munich, Jerman.
Insiden pada jam 6 petang waktu Jerman itu turut mengakibatkan 20 orang tercedera.
Agensi Berita Sputnik melaporkan insiden itu disaksikan lebih 100 orang yang melihat insiden itu.
Serentak itu, usaha menjejaki suspek digerakkan oleh polis dan sistem transit dalam bandar dihentikan buat sementara.
Perintah darurat dikeluarkan di Munich dengan operasi khas dilaksanakan pelbagai pihak keselamatan melibatkan unit khas anti keganasan dan polis persekutuan.
Canselor Jerman, Angela Merkel berkata beliau mengadakan mesyuarat tergembar pada Sabtu membincangkan isu tembakan terkini itu.
EZY