Istana Budaya tampilkan aspek kesetiaan dalam Lela Manja bermula 22 Julai | Selangorkini


Istana Budaya tampilkan aspek kesetiaan dalam Lela Manja bermula 22 Julai

OLEH NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 12 JULAI: Istana Budaya bakal mementaskan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘Lela Manja’ yang diadaptasi daripada filem hitam putih tahun 1960 arahan Jamil Sulong, pada 22 hingga 24 Julai dan 29 hingga 31 Julai ini.

Teater gabungan kerjasama Istana Budaya dan Creative Impact Solutions yang berkonsepkan bangsawan juga rakyat itu bakal menampilkan pelakon terkenal tanah air antaranya Nabila Huda, Shahrolnizam Noor, Sari Yanti, Aeril Zafril, Hafidz Roshdi, Syazwan Zulkifli, Jay Iswazir dan Rashdan Baba.


_IBC4996Lela Manja mengisahkan dua beradik yang menjadi mangsa kekejaman ibu tiri sehingga mengubah perjalanan kehidupan mereka daripada kecil sehingga dewasa.

Skrip teater klasik itu diadaptasi oleh Hairul Anuar Harun yang juga terkenal sebagai penulis lirik Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.

Teater itu sarat dengan mesej kekeluargaan serta turut menyelitkan aspek kesetiaan dan ketaatan kepada negara yang pastinya menjanjikan kepuasan buat peminat seni teater tanah air.

Pementasan julung kalinya teater berkenaan di Istana Budaya bertujuan mengetengahkan filem klasik Melayu ke pentas teater dan mengangkat martabat teater klasik di persada antarabangsa.

Peminat boleh menyaksikan aksi hebat pelakon handalan di dalam teater yang diarahkan oleh Ramli Lani dan dibantu Khairulnazwan Rodzy dengan harga tiket serendah RM33 hingga RM253 yang boleh dibeli di AirAsiaRedTix.com.

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION