Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

KDEB Waste Management selesai 60% masalah sampah

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 JULAI: Lebih 60 peratus aduan sampah tidak berkutip diterima sehingga 12 Julai lalu berjaya diselesaikan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM).

Pengurus Besarnya, Ramli Mohd Tahir, berkata KDEBWM menyelesaikan kutipan yang tertangguh bersama dengan kutipan sampah sedia ada.

“Masalah timbul akibat proses peralihan kontraktor di mana kontraktor yang tamat pada 30 Jun lalu keluar kawasan beberapa minggu lebih awal.

sampah“Permasalahan lain adalah masalah kutipan sampah untuk kawasan berpenduduk padat seperti Kampung Sungai Udang, Kampung Delek, Kampung Teluk Pulai, Kampung Teluk Gadong dan Kampung Sungai Sireh,” katanya dalam kenyataan.

KDEBWM mula mengambilalih pengurusan sampah domestik di kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bermula 1 Julai lalu, kecuali Taman Sentosa dan Bandar Bukit Tinggi dan Bandar Bukit Tinggi 2.

Ramli berkata, operasi pengurusan sampah pembersihan awam dan sampah pukal masih lagi di bawah pengurusan MPK sepenuhnya dan belum diambil alih KDEBWM.

“Kami akan berbincang dengan pimpinan penduduk untuk memastikan penyelesaian yang kami cadangkan adalah praktikal dan sesuai.

“Penduduk diharap dapat bersabar dalam proses peralihan ini dan sila ajukan sebarang aduan berkaitan kutipan sampah domestik kepada Command Centre kami,” katanya.

Command Centre boleh dihubungi menerusi talian 019-2742824 (talian Whatsapp), 019-375 9592, 019-375 3980, talian bebas toll STARS di 1-800-
88-2824 atau menerusi Emel di alamat [email protected]

-NFN-


Pengarang :