Selangorkini
SELANGOR

Kenali petugas KDEB urus kutipan sampah

SHAH ALAM, 7 JULAI: Kutipan sampah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini diambil alih Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berkuatkuasa 1 Julai lalu.

MPK menerusi posting di Twitter @MPKCare memaklumkan, pengurusan sisa pepejal di bawah KDEB Waste Management Sdn Bhd itu boleh dikenali melalui kemeja-T berwarna oren.

KDEB 2“Saluran Komunikasi MPK memperkenalkan petugas KDEB mengenakan pakaian kemeja-T oren.

“Jika berlaku sebarang kesulitan, orang ramai boleh menghubungi I-Clean Command Centre di talian 019-328 9765 atau e-mel di [email protected],” katanya.

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Selangor diarahkan mengambil alih kutipan sampah dan pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd.

Perkhidmatan itu antara lain mencakupi pembersihan longkang, menyapu jalan, pembersihan taman permainan, pemotongan rumput, kutipan sampah kebun, kutipan sampah pukal, pembersihan sampah haram dan pelupusan bangkai haiwan.

-AA-


Pengarang :